Spaghetti Goreng ala Oversea Student

Ramuan / Bahan

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tomato kimball
segenggam ikan bilis
sesudu udang kering
1 sudu besar cili boh(sos cili juga boleh)
sedikit daging/ayam(optional)
1 sudu besar sos belacan instant(optional)
garam
gula
1 sudu besar minyak masak
1 paket spaghetti direbus
bawang goreng utk hiasan

Cara-cara

Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Tumis ikan bilis n udang kering sampai garing.
Masukkan sos tomato kimball,sambal belacan dan cili boh tadi,dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging atau ayam jika mahu dan tunggu sampai masak.
Tambah garam n gula secukup rasa.
Masukkan spaghetti yg direbus dan gaul hingga sebati.