Bihun Sup Tumis Ummi

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan A:
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu besar udang kering

Bahan-bahan di atas ditumbuk.

Minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa Udang dibuang kulit.
Ayam dipotong kecil-kecil.
Sotong dipotong sederhana.
Sayur Sawi
4 cawan Air masak
1 bungkus bihun dibahagi dua.Rendam bihun ke dalam air panas hingga lembut.

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak.
2. Tumis bahan-bahan A.
3. Masukan udang,ayam,sotong.kacau sehingga sebati.
4. Masukkan air.Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan sayur sawi dan bihun.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.

Sedia untuk dihidang.