Bihun Goreng Hailam

Ramuan / Bahan

600 gm bihun
300 gm daging
300 gm sawi hijau
300 gm bunga kubis
300 gm udang
1 biji kubis
4 biji telur ayam
8 biji cili merah
3 sudu besar minyak 1 sudu besar serbuk lada
4 sudu besar air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih
3 batang daun saderi
3 batang daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Rendam bihun selama 1 jam dan toskan. Hiris kubis sebesar 1.5 cm x 2 cm. Potong sawi sepanjang 1.5 cm. Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm. Rebus telur ayam dan potong nipis-nipis. Potong sepanjang 1 cm bunga kubis, daun saderi, daun bawang dan cili merah. Potong udang sebesar 2 cm. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, serbuk lada, daging dan dua sudu besar air. Apabila daging hampir empuk masukkan udang dan 2 sudu besar air. Masukkan bihun, kubis, sawi, bunga kubis dan kacau rata-rata. Masukkan kicap, cuka, garam, gula, daun bawang dan daun saderi. Kacau rata-rata. Apabila menghidang taburkan cili potong dan telur.