Bihun Goreng Ajeem

Ramuan / Bahan

5 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih (dicincang)
sedikit ayam (dipotong)
sedikit udang
2 sudu besar cili giling/boh/mesin
ΒΌ tomato (dihiris) 2 keping bihun dalam paket (direndam)
1 biji telur (dibasuh)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
kicap dan garam secukup rasa
sedikit daun bawang dihiris untuk hiasan

Cara-cara

1.Panaskan kuali dan masukkan minyak
2.Masukkan bawang putih sehingga kekuningan
3.Masukkan cili giling/boh/mesin
4.Masukkan ayam dan udang
5.Masukkan sedikit air (biar sebentar)
6.Masukkan kicap,sos cili,sos tomato dan garam secukup rasa (biar sebentar)
7.Pecahkan telur dan masukkan (kacau)
8.Masukkan bihun (kacau)
9.Masukkan tomato dan daun bawang
10.Sedia untuk dihidang