BEE HOON GORENG SEGERA

Ramuan / Bahan

BAHAN UNTUK DIKISAR
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit cilih boh
Sedikit udang kering
Sedikit Ikan Bilis

Sedikit kicap manis
Sedikit Sos Tiram
Sedikit Cili Sos
Garam secukup rasa
Perencah Bee Hoon Adabi (Pilihan)
air rebusan ayam
Fish Cake
Fish Ball
Ayam / Daging
Sedikit Sayur Sawi

Cara-cara

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan masukkan perencah bee hoon Adabi. Masukkan ayam / daging bersama sayur sawi, fish cake dan fish ball bersama sedikit cili sos dan sos tiram. Kemudian masukkan Bee Hoon yang telah direndam dan di tos bersama kicap secukup rasa. Tambahkan air rebusan ayam tadi. Kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.