Spaggeti Hijau & Sos Ayam

Ramuan / Bahan

300 gm spaggeti (direbus & toskan)
500 ml tomato puri
125 ml stok ayam
Sedikit serbuk lada sulah, garam & minyak masak
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang) Bahan Dihiris:
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 ulas bawang putih
300 gm daging ayam
200 gm sosej ayam
100 gm bebola ayam

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah & bawang putih. Masukkan daging ayam, sosej, tomato puri, serbuk lada sulah & bebola ayam. Gaulkan supaya rata. Kemudian masukkan daun sup, daun bawang & garam. Masak selama 3 minit. Bubuhkan spaggeti di dalam pinggan, tuangkan kuah sos di atasnya.