Spageti Sambal Udang Xl

Ramuan / Bahan

1 peket spageti (direbus)
500g udang saiz XL (dibersihkan)

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang pulih
2 sudu makan cili boh/kisar
2cm belacan


1 batang serai (diketuk)
2 biji tomato sederhana (dipotong dadu/cincang)
1 sudu jus limau nipis (limau mee)
garam dan gula secukup rasa.
minyak untuk menumis bahan hiasan:
5 biji telur rebus
1 biji tomato
sayur kailan (potong 1 inci panjang)
cendawan kering(yg telah kembang)
bunga kobis

Cara-cara

1. panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, tomato dan serai. tambahkan secawan air.kacau dan masak dengan api pelahan sehingga bau cili masak.

2. sesudah cili masak dan naik bau, masukan udang, garam, gula dan jus limau. kalau terlalu kering, tambahkan air. didihkan sekali lagi dan kecilkan api.

bahan hiasan:
1. didihkan air dan tambah 1 sudu mimyak masak. celurkan kailan, bunga kubis dan cendawan selama 2 minit dan tos kan. sayur akan nampak segar dan berkilat.