Spageti Goreng Mudah

Ramuan / Bahan

spageti yang telah direbus dan ditoskan
20 ekor udang sederhana(kopek dan kulitnya direbus 2 cawan air untuk mendapatkan stok udang)
3 sudu makan minyak masak
4 biji bawang putih dikisar
1 sebiji bawang merah dikisar
10 biji cili padi dikisar
serbuk pati ayam maggi

Cara-cara

panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi udang sehingga hampir masak dan tuangkan stok udang tadi. Kemudian spageti dimasukkan sebelum rencah tadi hampir kering. Akhir sekali, masukkan serbuk pati ayam untuk menambahkan rasa sedap.