Spageti belognaise

Ramuan / Bahan

1 peket spageti (direbus bersama satu sudu kecil minyak)
1 tin sup tomato
1 tin cendawan butang
1 batang lobak merah (dipotong nipis)
2 biji bawang besar (dipotong nipis)
3 biji tomato (dipotong kecil) Gula dan garam secukup rasa
150 gm daging cincang
100 gm udang basah
10 tangkai cili padi (jika suka)
1 sudu teh serbuk lada putih
4 ulas bawang putih

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga ia wangi.

Masukkan lobak merah, daging, udang, sup tomato dan setengah cawan air.

Apabila mendidih, masukkan spageti, cendawan, gula dan garam.

Masak sehingga ia pekat dan bolehlah dihidangkan.