Murtabak Maggi

Ramuan / Bahan

2 peket Mee Maggi perasa kari
1 peket perencah Maggi kari
5 biji telur
100 gram daging cincang
1 tangkai daun saderi
1 biji bawang besar
½ peket serbuk rempah sup Adabi
1 sudu teh garam
Bawang cuka :
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji cili merah (di belah dua dan dihiris nipis)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam

Cara-cara

Celur mee maggi dan ketepikan. pukul lima biji telur dengan rempah sup, perencah kari, garam. masukkan daun saderi dimayang halus, bawang besar yang dipotong dadu dan daging cincang. Kacau hinga sebati. Sendukkan mee maggi (anggaran untuk sebiji murtabak) dicampur dgn 1 senduk campuran telur. Panaskan kuali leperkan adunan tadi dengan anggaran 1 1/4 inci tebal. balik-balikkan sehingga garing.

Campurkan semua bahan untuk bawang cuka dan simpan sekejap di dalam peti sejuk.