Mihun Soto

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (jangan dipotong)
1 bungkus mihun (dicelur)
20 ketul bergedel
3 tangkai daun bawang (dihiris)
3 tangkai daun sup (dihiris)
200 gm tauge
Garam & air secukupnya.

Bahan 1 Dikisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil lada putih
Sedikit lengkuas, halia & kunyit hidup
2 batang serai
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi
½ cawan kicap manis
1 sudu kecil gula pasir
1 ulas bawang putih
(celurkan cili padi dengan kuah soto & kisar dengan bawang putih, campurkan kicap & gula)

Cara-cara

Masukkan Bahan (1) dalam periuk yang berisi air secukupnya. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ayam & rebus
hingga empuk. Angkat & toskan. Kemudian siat-siatkan daging ayam ini. Tulang-tulang ayam tadi dimasukkan ke dalam periuk rebusan. Bubuh garam secukup rasa
& biarkan merenih. Apabila menghidang, masukkan sedikit mihun ke dalam mangkuk.
Bubuhkan isi ayam, bergedel, daun bawang, daun sup, bawang goreng & tauge.
Kemudian tuangkan kuah soto secukupnya & bubuhkan sos kicap.