Mihun Paad Thai

Ramuan / Bahan

300 gm mihun (dicelur)
100 gm daging ayam
100 gm udang
50 gm tauge
5 tangkai daun kucai (dihiris)
1 sudu besar lobak asin (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar air asam jawa 1 sudu besar sos ikan
1 keping tauhu goreng
1 biji telur
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar kacang tanah (ditumbuk)
Sedikit minyak masak & garam

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah & bawang putih. Masukkan mihun & digoreng sekejap. Kemudian keluarkan dari kuali.
Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan lobak asin, daging ayam, udang & cili kisar. Kemudian masukkan air asam jawa, gula & sos ikan. setelah sebati, keluarkan dari kuali. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali & pecahkan telur. Kacau hingga hancur. Seterusnya, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng
tadi, mihun, tauge, daun kucai & kacang tanah. Masak selama 3 minit.