Mihun Nam Pla

Ramuan / Bahan

80 gm mihun (dicelur)
40 gm dada ayam
20 gm udang kering
3 biji cili padi (dihiris)
½ biji bawang besar (dihiris) 20 gm tauge
1 biji telur
1 sudu besar sos ikan
Garam & minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan udang kering, cili padi, telur,
dada ayam & bawang besar. Masukkan mihun & digaul rata. Kemudian masukkan tauge, garam & sos ikan. Masak selama 5 minit.