Mihun Lemak Ayam

Ramuan / Bahan

1 kg daging ayam tanpa tulang
1 kg mihun (dicelur)
300 gm ikan kembung
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
2 mangkuk santan
Sedikit bawang goreng, asam keping & garam Bahan Dikisar:
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 biji bawang besar
6 tangkai cili kering
10 biji cili padi
Sedikit halia

Cara-cara

Ikan dibersihkan & direbus hingga masak.
Buang tulang & kisar isi ikan hingga hancur. Panaskan air rebusan ikan tadi. Masukkan Bahan Kisar, asam keping & bunag kantan. Kacaukan supaya bercampur rata. Kemudian masukkan isi ikan, santan & daging ayam. Masak hingga mendidih. Angkat & hidangkan.