Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Mihun Lazat

Ramuan / Bahan

500 gm daging batang pinang
2 camca besar tepung serba guna
1 camca teh serbuk kari
1 camca teh serbuk cili
½ camca teh garam
1 camca besar mentega
3 camca besar minyak masak
4 biji bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat) 3 cm halia (ditumbuk lumat)
10 tangkai cili kering (dihiris 2 cm panjang)
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap manis
2 camca besar tauhu hancur
75 ml air
100 gm tauge
300 gm mihun (direndam)

Cara-cara

Perap daging batang pinang bersama tepung serba guna, serbuk kari, serbuk cili dan garam di dalam mangkuk selama 10 minit. Cairkan mentega kuali di atas api sederhana. Goreng daging pada kedua-dua belah hingga ia garing. Angkat. Bakar daging tadi pada suhu 200 darjah Celcius selama 20 minit. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah bersama bawang putih dan halia hingga ia terbit bau. Masukkan cili kering bersama sos cili, kicap manis dan tauhu. Masukkan air, biar hingga kuah pekat. Masukkan tauge dan mihun. Kacau hingga ia sebati dan tauge hampir layu. Angkat. Bubuh mihun di dalam pinggan hidang. Hiris daging panggang tadi, susun diatasnya.