Mihun Goreng Bersup

Ramuan / Bahan

100 gm mihun
1 tangkai daun bawang (dipotong)
1 batang lobak merah (dipotong)
1 biji kentang (dipotong)
2 keping cendawan hitam (dipotong)
1 sudu besar pes tomato 1 liter stok daging
1 sudu besar sos Lea & Perrin
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 biji bebola daging
Garam & minyak masak

Cara-cara

Mihun digoreng dalam minyak yang banyak. Toskan. Kurangkan minyak lebihan tadi. Tumiskan pes tomato & bawang putih. Kemudian masukkan stok daging, sos Lea & Perrin, lobak merah, cendawan hitam, kentang & lada hitam. Apabila mendidih, masukkan bebola daging, garam & daun bawang. Masak selama 2 minit.