Ayam Bercili Jeruk

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam, dipotong lapan dan dikelar-kelar
1 biji limau nipis, diambil perahannya
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukupnya
1 cawan minyak
10 biji bawang merah, dihiris nipis
2 camca besar kerisik
2 cawan santan, daripada setengah biji kelapa 1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
10 tangkai cili kering-dikisar
3 camca besar cili jeruk-dikisar
6 biji bawang merah-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 batang serai-dikisar
3 cm halia-dikisar

Cara-cara

Perap ayam bersama air limau, kicap, sos cili, garam dan gula 30 minit. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bawang merah hingga kuning dan garing. Angkat. Goreng ayam setengah masak. Angkat. Keluarkan minyak gorengan tadi, tinggalkan tiga camca besar sahaja. Tumis bahan-bahan dikisar hingga wangi. Masukkan kerisik, santan, daun kunyit dan asam gelugur. Kacau di atas api perlahan hingga mendidih. Akhir sekali, masukkan ayam dan kacau hingga ia empuk. Apabila kuah pekat, masukkan bawang goreng dan garam. Kacau sebati baru dihidangkan.