Mihun Goreng

Ramuan / Bahan

600 gm mihun (dicelur)
200 gm udang
100 gm tauge
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 paket uadang kering (ditumbuk) 2 keping tauhu goreng
1 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun bawang (dihiris)
2 sudu besar minyak masak
Garam secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga garing. Masukkan cili kisar & udang kering. Goreng selama 2 minit. Kemudian masukkan udang & garam. Biarkan sekejap. Akhir sekali, masukkan mihun, tauge, tauhu & daun bawang. Gaulkan supaya bercampur rata. Masak sealam 5 minit.