Mi Yee Udang

Ramuan / Bahan

1 keping mi yee
40 gm halia (dihiris)
30 gm daun bawang (dihiris)
30 gm kobis panjang (dihiris)
½ lobak merah (dihiris)
4 ekor udang sederhana besar 3 cawan stok ayam
2 ulas bawang puith (dicincang)
1 biji telur (dipukul)
Sedikit tepung jagung + air
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak, garam, & serbuk lada sulah

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & udang. Masukkan sayur-sayuran & stok ayam. Apabila mendidih, tambahkan sos tiram & tepung jagung. Kacaukan supaya pekat. Sterusnya, masukkan telur & gaulkan hingga rata. Akhir sekali, masukkan mi yee & masak selama 5 minit.