Mi Yee Sizzling & Ayam

Ramuan / Bahan

Bahan Sos:
3 cawan stok ayam
1 biji telur
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit tepung jagung + air
Garam, minyak masak & serbuk lada sulah 1 keping mi yee
80 gm daging ayam
1 tangkai sayur choy sam
Sedikit lobak merah

Cara-cara

Mi dicelur dalam air mendidih. Angkat & toskan. panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan sedikit bawang putih hingga garing. Masukkan stok ayam,
sos tiram, minyak bijan, garam & lada sulah. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung & kacau hingga kuah pekat. Tumiskan lebihan bawang putih & daging ayam. Masukkan sayur-sayuran & sos pekat tadi. Masukkan mi yee & masak selama 2 minit. Pecahkan telur & biarkan mendidih. Tutupkan api. Panaskan pinggan sizzling hingga cukup panas. Masukkan mi yee tadi & hidangkan