Mi Sup Kantonis

Ramuan / Bahan

150 gm mi kuning
5 ekor udang
2 ekor sotong
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam 1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
3 biji cendawan butang (dihiris)
Sedikit sayur-sayuran (dihiris)
Garam, minyak masak & bawang goreng

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan udang, sotong, stok ayam, minyak bijan & garam. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan mi, cendawan & sayur-sayuran. Masak selam 3 minit. Angkat & hidangkan.