Mi Sup

Ramuan / Bahan

200 gm mi kuning (dicelur)
1 tangkai sawi (dipotong)
Daging ayam, sotong & udang
2 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 mangkuk stok ayam
Sedikit garam, bawang goreng
Minyak masak & daun bawang
1 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan stok ayam, garam & lada sulah. Apabila mendidih, masukkan ayam, sotong, udang & sawi. Masak selama 2 minit. Kemudian, masukkan mi & masak lagi selama 3 minit.