Mi Suah

Ramuan / Bahan

3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebiji ubi kentang (bersaiz sederhana)
1 ketul tauhu (dipotong dadu)
sedikit udang kering /bilis (ikut suka) 2 bungkus kecil mi suah
1 biji telur (ikut keperluan)
1 tangkai daun sup& daun bawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak masak

Cara-cara

Masukkan minyak ke dalam periuk. Tumiskan bawang putih & merah sehingga kekuningan.

Masukkan air & biar sehingga mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang yang dipotong dadu dan diarkan sehingga empuk.

Masukkan telur dan biarkan sehingga masak. Setelah telur & ubi kentang masak, masukkan tauhu, mee suah sehingga kembang (3-5 minit serta garam secukup rasa. Masukkan daun sup dan daun bawang.