Mi Stroganof Cendawan

Ramuan / Bahan

1 camca besar minyak
50 gm mentega
1 biji bawang besar (dicincang)
1 ulas bawang putih (dicincang)
100 gm cendawan tiram
100 gm cendawan butang
40 gm cendawan kering 270 ml air rebusan ayam
150 ml sup cendawan berkaleng
Garam
Serbuk lada hitam
225 gm mi kuning jenis leper
4-5 tangkai daun sup (dihiris)

Cara-cara

Panaskan minyak dan separuh mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi. Masukkan cendawan dan kacau hingga agak layu.

Masukkan pula air rebusan, sup cendawan, garam dan serbuk lada hitam. Kacau sampai menggelegak dan biar mereneh hingga tinggal separuh.

Celur mi di dalam air panas dan sejat. Gaul mi bersama baki mentega. Hidangkan bersama cendawan dan daun sup.