Mi Siam

Ramuan / Bahan

200 gm bihun (direndam)
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu kecil bawang merah kisar
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk buah keras
1 sudu kecil serbuk belacan
1 sudu kecil taucu
2 cm kunyit hidup (ditumbuk)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar air asam jawa
3 ulas bawang putih
400 gm udang
250 gm tauge
100 gm kucai
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis cili kisar, bawang merah, serai, serbuk buah keras, belacan, kunyit dan bawang putih.

Masukkan taucu, udang, air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati.

Masukkan bihun yang direndam tadi. Gaul sebati. Kemudian masukkan udang, tauge dan daun kucai. Gaul rata.