Mi Seapack

Ramuan / Bahan

300 gm mi kuning
1 cawan stok ayam
100 gm brokoli
10 ketul ikan bersalut berperisa ketam
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 cm halia (ditumbuk) 1 sudu besar kicap cair
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil tepung jagung + air
2 tangkai daun bawang (dihiris)
2 tangkai daun sup (dihiris)
Sedikit garam, serbuk lada hitam & minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga garing. Masukkan stok ayam, kicap pekat, kicap cair, bancuhan tepung jagung & brokoli. Biarkan merenih. Akhir sekali, masukkan mi, garam, ikan berperisa ketam, serbuk lada hitam, daun sup & daun bawang. Masak selama 3 minit.