Mi Rebus Pahang

Ramuan / Bahan

1 bungkus mi kuning
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
½ ekor ayam
sotong}ikut suka
udang}ikut suka
garam
ajinomoto
sawi (dipotong)
bawang putih 5 ulas}diketuk
bawang merah 3 ulas}diketuk
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau dan kekuning kuningan.
masukkan ayam, biarkan sebentar, kemudian masukkan lada hitam yang telah ditumbuk hancur tersebut dan gaul bahan2 yang ada dalam kuali tadi.
agak2 ayam tu dah sebati dengan lada hitam tu tadi, masukkan air, rebus hingga ayam empuk.
masukkan udang, sotong, sawi dan mi. biarkan sebentar (jgn lama sgt nanti mi tu kembang).
hidangkan terus.