Mi Kari Utara

Ramuan / Bahan

2 kg mi kuning (dicelur)
200 gm tauge (dicelur)
2 tangkai sawi (dicelur)
1 kg kerang (direbus)
½ ekor ayam (dipotong)
1 ketul keledek (direbus & dilecek)
1 ½ biji kelapa (ambil santan secukupnya)
4 keping tauhu goreng
4 ketul tauhu kering
2 paket bebola ikan
1 kiub pati ayam 2 paket serbuk kari ayam + sedikit air
2 biji cili merah (dihiris)
1 tangkai daun bawang & daun sup (dihiris)
5 biji telur rebus (dibelah)
5 biji limau kasturi (dibelah)
2 batang serai (diketuk)
200 gm udang kering (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit lengkuas & halia (ditumbuk)
Garam & minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga garing. Masukkan bancuhan serbuk rempah & masak hingga keluar minyak. Kemudian masukkan santan & ayam. Apabila mendidih, masukkan tauhu kering, bebola ikan, kerang, kiub pati ayam, keledek & garam. Kacau selalu hingga mendidih. Angkat & hidangkan.