Mi Kari Silat Gayong

Ramuan / Bahan

2bj bawang bombay(ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1inci halia (ditumbuk)
2sudu besar serbuk kari daging
sedikit bahagian ayam yang bertulang(seperti tengkuk)
1 cawan hirisan ayam
1 cawan udang (dibuang kulit)
1 cawan hirisan sotong
1 cawan fish cake atau fish ball
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
santan (dari sebiji kelapa)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


1kg mi kuning(di celur)
1 mangkuk sawi (di celur)
1 mangkuk taugeh (dicelur)
1 mangkuk tauhu (digoreng)
Hirisan cili merah
daun sup dan bawang goreng

Cara-cara

1. Tumis bawang merah,bawang putih, dan halia sehingga kekuningan
2. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing,masukkan ayam bertulang.
3. Masukkan air dan biar mendidih
4. Masukkan fish cake,fish ball dan ydang kering yang ditumbuk ,biar mendidih lagi.
5. Masukkan santan,garam dan gula secukup rasa.
6, Ketika kuah sedang mendidih, masukkan sotong,udang dan hirisan ayam,biarkan 3,4,minit dan matikan api
7. Sedia dihidang.