Mi Kari Kasih Sejati

Ramuan / Bahan

5 ulas bawang putih dikisar
3 cm halia-dikisar
1 kuntum bunga kantan-dihiris halus
1 labu bawang besar-dihiris halus
200 gm isi ayam
200 gm kerang
200 gm sotong-dibersihkan
200 gm udang-dibersihkan
15 biji bebola ikan 1 bungkus rempah kari
Sedikit cili kering dikisar atau cili boh
Santan mengikut suka
1 kg mee kuning-dicelur, tuskan & asingkan
Sedikit sawi, tauge-direndam seketika di dalam air panas
Garam secukup rasa
10 keping tauhu -digoreng
Sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang
3 biji telur direbus sebagai hiasan

Cara-cara

Tumis bawang putih dan halia sehingga naik aromanya. Masukkan cili kisar, diikuti rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tunggu sehingga garing, masukkan ayam, udang, sotong dan santan mengikut sebanyak mana yang anda suka. Biar sehingga mendidih, masukkan bebola ikan, bunga kantan, bawang besar dan garam secukup rasa. Setelah mendidih, angkat dan hidangkan bersama mi, tauge, sawi, bawang goreng, tauhu goreng, daun sup dan daun bawang.