Mi Hokkien

Ramuan / Bahan

700g/sebungkus mi Hokkien
½ cawan ayam dipotong kecil
½ cawan udang (dibuang kulit)
½ cawan hirisan ikan
2 sudu besar serbuk ikan sepat
(ikan sepat kering di panggang garing & ditumbuk)
½ cawan kobis dihiris halus
2 pohon sawi dipotong


1 sudu besar bawang putih dicincang
1 cawan air
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Sos
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk pati ayam

Cara-cara

1. celur hokkien mi (mi besar) kemudian tos.
2. Tumis bawang putih dan serbuk ikan sepat hingga naik bau.
3. Masukkan air dan bahan sos. kecilkan api dan masukkan mi. masak dengan bertutup selama 10 minit.
4. Masukkan ayam, ikan, udang, sawi, kobis.
5. Masak atas api besar sampai kuah pekat.