Mi Goreng Mamak Vistana

Ramuan / Bahan

Bahan untuk sos:

4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
150 gm sos cili
100 gm sos tomato
8 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
2 sudu besar minyak masak
20 gm gula
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 600 gm mi kuning
100 gm tauge
120 gm cucur udang
100 gm ubi kentang (direbus dan dikisar)
100 gm sawi
5 biji telur

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih yang telah dikisar. Masukkan cili, sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap pekat.

Masukkan mi dan bahan perasa. Pecahkan telur dan masukkan sawi dan tauge. Kacau hingga ia agak layu dan angkat.

Untuk hiasan, tabur bawang goreng, daun bawang, daun salad dan hirisan limau nipis.