Mi Goreng Mamak

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 peket perencah bihun goreng
1 camca besar pes cili (jika suka)
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm hirisan sotong
50 gm bebola ikan 1 camca besar sos tiram maggi
50 gm hirisan kubis
4 pokok daun sawi (dipotong dalam 3 cm)
300 gm mi kuning
1 biji telur
1 biji cili merah dn hijau (dihiris)
Sedikit bawang goreng

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan perencah maggi dan pes cili jika digunakan, sehingga terbit bau.

Masukkan bahan tadi dan goreng selama 2 minit. Masukkan sos tiram maggi, kubis, daun sawi dan mi.

Masukkan tauge dan ketepikan dari api. Hiaskan dengan hirisan cili merah dan cili hijau serta bawang goreng.