Mi Goreng Mamak

Ramuan / Bahan

300 gm mi kuning (dicelur)
200 gm udang
100 gm tauge
2 tangkai sawi (dipotong)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
1 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk) 3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1 biji tomato (dibelah 4)

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga garing. Masukkan cili kisar, tauhu goreng & udang. Masak selama 2 minit. Kemudian masukkan mi, sawi, tauge, daun bawang, kicap pekat, tomato & kicap cair. Gaulkan supaya bercampur rata. Goreng selama 5 minit.