Mee Yoke

Ramuan / Bahan

Bahan A
Sebungkus mi kuning / kuay teow / meehoon
(atau ketiga2nya sekali)
Fish Cake
Fish Ball
Kangkong
Daun sop/daun bawang
Bawang goreng
1 mangkuk udang sederhana (lagi byk lagi bagus) Bahan B
1 mangkuk ikan bilis (dibersihkan)
1 mangkuk air rebusan udang di atas
2, 3 ulas bawang putih
garam,serbuk perasa secukupnya
2 sudu besar minyak (menumis)
4 mangkuk air

Bahan C
1 sudu besar udang kering
1 cawan cili giling (saiz cawan cili giling yg besar sikit,ada jual dikedai)
2 ulas bwg putih (diketuk2)
1 sudu kecil cuka
½ cawan minyak masak
sedikit gula, garam, serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Untuk bahan A
Mee dicelur, toskan airnya dan hidangkan.
Fish cake digoreng, fish ball direbus,potong nipis2.
Kangkong dipotong & celur.
Daun sop/bawang dihiris.

Untuk bahan B
Ketuk2 bwg putih & tumiskan.
Masukkan air, air rebusan udang, ikan bilis, garam, serbuk perasa.
Biarkan hingga mendidih.

Utk bahan C
Udang kering dibersihkan.
Panaskan minyak, tumiskan bwg putih hingga kuning.
Masukkan cili giling hingga garing.
Masukkan cuka, udang kering, gula, garam, serbuk perasa.
Bila dah terbit minyak, boleh hidangkan.