Mee Udang Perak

Ramuan / Bahan

Mee Kuning 1 bungkus
Udang besar 1 kilo
Kacang Buncis 10 batang
Bawang merah (kecil) 5 biji



Bawang kuning (besar) 5 biji
Bwang putih 2 ulas
Pes cili
Garam
Gula

Cara-cara

Cara Memasak Sup buncis;
1. Kacang buncis dipotong kasar lebih kurang 1/2 mm (saiz potongan)
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah sehingga kuning
3. Masukkan air (1 liter) dibiarkan sehingga mendidih, masukkan kacang buncis, garam dan dibiarkan masak.

Cara memasak kuah udang;
1. Udang dibuang kulit dan toskan
2. Bawang besar dikisar (jgn gunakan air terlalu banyak, lebih kurang 1/2 cawan air untuk memudahkan mengisar)
3. Bawang putih dicincang halus
4. Panaskan minyak dan masukkan bawang yg telah dikisar beserta bawang putih.
5. Masukkan pes cili dan pastikan campuran bahan-bahan tersebut betul-betul masak.
6. Masukkan udang dan gaul beserta dengan garam dan gula secukup rasa.
7.Pastikan udang tersebut tidak terlampau masak, jika terlampau masak isi udang akan liat dan keras.

Mee kuning hendaklah dicelur dangan air panas untuk menghilangkan rasa kapur dan melembutkannya.