Ayam bakar enak

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak masak
Sedikit garam
1 ekor ayam
1 camca besar perahan limau nipis
500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Bahan dikisar:
8 biji cili merah 2 batang serai
1 cm kunyit
8 biji bawang merah

Disangrai dan ditumbuk:
1 camca teh jintan putih
1 camca teh lada hitam
4 biji buah keras

Cara-cara

Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.