Mee Siam

Ramuan / Bahan

1 bungkus mihun (direndam & ditoskan)
250 gm udang hidup kecil (disiang kulit
& dibuang uratnya & jangan dibuang kulitnya.
600 leter air
2 sudu garam
½ cawan minyak makan
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 keping tauhu kuning (dipotong dadu sebesar 2.5 cm)
1 sudu taucu

Bahan Sos:
1 sudu minyak makan
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu lada merah giling
1 sudu taucu (ditumbuk) 2 sudu kicap cair
125 taugeh (dibuang ekornya)
60 gm daun kucai (dipotong sepanjang 2.5 cm)
2 batang lada merah (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
8 ulas bawang merah (dihiris & digoreng hingga garing)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
125 gm limau kasturi (dibelah dua & dubuang bijinya)

2 sudu gula
3 sudu air asam jawa
1 ½ cawan santan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus kulit udang dengan air untuk mendapatkan 1 cawan air rebusan.Tapis air rebusan itu & masukkan garam. Pijarkan minyak di atas api yang sederhana.Goreng bawang putih hingga garing,kemudian masukkan udang.Gorengkan selama 2 minit.Masukkan mihun & tumis dengan berkacau cepat-cepat selama 4-5 minit.Masukkan taugeh & kucai.Goreng hingga mihun masak,sambil mengacaunya selalu. Isikan ke dalam pinggan & hiaskan dengan lada,bawang merah & telur. Hidangkan limau kasturi secara berasingan.
Untuk menyediakan sos: Pijarkan minyak & tumiskan tiga bahan yang pertama hingga garing. Masukkan gula.Apabila telah larut,masukkan bahan-bahan selebihnya. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 10 minit.Tuangkan ke dalam mangkuk sos hidangkan dengan mee siam.