Mee Rebus

Ramuan / Bahan

5 biji keledek (dikupas)
2 sudu udang kering
2 cawan minyak masak
5 ulas bawang putih (dimesin)
7 biji bawang merah (dimesin)
3 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan
1 cawan cili boh Garam dan gula secukup rasa
Tauhu goreng
Sedikit cili hijau
Bawang goreng
Limau nipis (dipotong dua)
Isi ayam atau daging (dipotong kecil dan direbus)
Mee kuning (dicelur)
Taugeh (dicelur)

Cara-cara

Kupas keledek dan rebus bersama udang kering sehingga masak, biarkan ia sejuk dan dimesin.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang, serai dan daun pandan sehingga naik baunya.

Masukkan cili boh dan kacau sehingga naik minyaknya. Kemudian masukkan keledek yang telah dikupas tadi. Tambahkan air jika terlalu pekat.

Biarkan ia mendidih selama 15 minit dengan api perlahan. Akhir sekali, masukkan mee dan bahan lain lalu dituangkan sos.