Ayam Bakar Berperisa

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
4 liter air kelapa
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar jus oren
Sedikit serbuk cili
Garam secukup rasa Bahan dikisar (A):
10 biji cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara

Ayam dipotong empat dan dibersihkan. Rebus ayam ini dengan air kelapa hingga empuk. Ketepikan. Satukan bahan (A), kicap manis, jus oren, serbuk cili dan garam sehingga sebati. panggang ayam tadi sambil disiram dengan bahan-bahan tadi. Panggang hingga garing.