Mee Marina

Ramuan / Bahan

1 bungkus mee kuning
1 bungkus fishball
2 keping fishcake
RM3 daging
½ kilo udang sederhana
(kepala & kulit direbus menjadi stok)
2 keping tauhu (dipotong & digoreng)
2 batang lobak merah (potong bulat)
2 biji buah tomato (potong dadu)
5 sudu besar cili boh
1 botol kecil sos tomato 1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
½ inci halia
(semua ditumbuk/kisar lumat)
bunga kobis (ikut suka)
1 batang saderi
air (ikut kepekatan yang dikehendaki)
daun sup & daun bawang
cili merah/hijau
5 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan udang & daging. Biar hingga empuk. Masukkan sos tomato, fishball,fishcake & air. Masukkan lobak merah,kobis & batang saderi yang telah dipotong. Akhir sekali, masukkan udang, buah tomato & garam secukup rasa. Biar hingga mendidih & tutup api.