Mee Laksa Sarawak

Ramuan / Bahan

BAHAN-BAHAN :
2 bungkus (@200 gram) perencah laksa
500 gram udang
2 ketul dada ayam
1 bungkus mee hoon
500 gram tauge
1 liter pati santan kelapa
4 biji telur ayam
Daun ketumbar
Ajinimoto secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara

PENYEDIAN KUAH MEE :
Rebuskan udang (dengan kulit) dan ayam ke dalam 2.5 liter air dan biarkan mendidih seketika. Keluarkan udang dan ayam dari air rebusan. Masukkan perencah laksa dan kacau menggunakan api yang perlahan. Setelah mendidih, masukan pati santan (secukup rasa lemak yang diperlukan) dan kacaukan. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.

PENYEDIAN BAHAN-BAHAN :
Mee hoon dicelur dengan air panas sehingga lembut dan kemudiannya dicelup ke dalam air sejuk sebentar. Tauge dicelur, udang dikopek kulitnya dan isi ayam dicarik/koyak halus. Telur dipukul & digoreng nipis dan kemudiannya digolong dan dihiris halus.

PENYEDIAN SAMBAL BELACAN (PILIHAN) :
Cili hidup dan belacan ditumbuk sama. Sediakan limau kesturi dan hidang berasingan.