Mee Lakna

Ramuan / Bahan

¼ kg mee atau makarona
3 camca besar minyak masak
¼ kg daging ayam yang telah dibuang tulang dan dipotong kecil-kecil
½ camca besar tepung kanji nisya (cairkan)
100 gm sayur kobis dan bunga kobis 3 camca besar cendawan butang (jika ada)
2 biji cili merah(dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit kicap, garam secukup rasa
Daun bawang, bawang goreng dan cabai potong untuk hiasan

Cara-cara

Mee digoreng bersama minyak dan masukkan 2 sudu kicap pekat. Setelah lembut baru diangkat. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan bawang putih, daging ayam dan sedikit air sekurang-kurangnya semangkuk. Apabila sudah mendidih, masukkan kobis, bunga kobis, cendawan dan cili. Gaul hingga sebati dan masukkan cecair tepung kani tadi, garam dan kicap secukup rasa. Setelah masak, kuah ini dituangkan ke atas mee yang telah digoreng tadi.