Mee Kuah Penang

Ramuan / Bahan

mi kuning 5 kati ( dicelur)
tulang daging ½ kilo
cili serbuk 1 peket kecil
kacang goreng mentah
ubi kentang 3 biji ( direbus )
sos cili 10 sudu teh
sos tomato 10 sudu teh
kicap 2 sudu teh
tomato 2 biji
daun sup dan daun bawang 1 pokok kecil ( dipotong 1 inci )
bawang besar 2 biji di belah 4
bawang merah 10 ulas
tauhu 5 biji ( digoreng )
bawang goreng.
10 biji telur rebus
minyak masak
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Rebus tulang daging dan cili serbuk di dalam periuk .Kisar ubi kentang bersama kacang goreng mentah. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam air rebusan daging. Biar mendidih selama 1/2 jam.
2. Masukkan bawang besar, sos cili, sos tomato , kicap, tomato, daun sup ,daun bawang dan garam.Biar didih selama 10 minit.
3. Panaskan 5 sudu minyak dan tumis bawang merah. Tuangkan didalam air rebusan daging.