Mee Kuah Kedah

Ramuan / Bahan

1 kg mee basah
2 batang sawi
20 gram tauge
4 keping tauhu
200 gram daging/tulang
200 gram ayam
100 gram udang
100 gram sotong

Kuib pati ayam MAGGI
20 biji cili kering
Udang kering
Rempah biji
1 ketul ubi keledek
Daun bawang /sup
Bawang goreng
Tomato

Cara-cara

Mi, sawi dan tauge dicelur.Tauhu dipotong dadu digoreng sehingga kekuningan. Untuk membuat kuah, ambil air rebusan daging/tulang,ayam,udang dan sotong. Cili kering dan rempah biji dimasak tanpa minyak dan dikisar bersama udang kering.Ubi keledek direbus dan dilenyek.Masukkan kiub pati ayam. Campurkan semua bahan-bahan ini dan masak hingga mendidih.