Mee Kari Kasih Sejati

Ramuan / Bahan

5 ulas bawang putih(dikisar)
3 cm halia(dikisar)
1 kuntum bunga kantan(dihiris halus)
1 labu bawang besar(dihiris halus)
200 gm isi ayam
200 gm kerang
200 gm sotong(dibersihkan)
200 gm udang(dibersihkan)
15 biji bebola ikan 1 bungkus rempah kari
Sedikit cili kering dikisar / cili boh
Santan mengikut suka
1 kg mee kuning(dicelur, tos & asingkan)
Sedikit tauge,sawi(direndam seketika dalam air panas)
Garam secukup rasa
10 keping tauhu sedia(digoreng)
Sedikit bawang goreng, daun sup & daun bawang
3 biji telur direbus sebagai hiasan

Cara-cara

Tumis bawang putih & halia sehingga naik
aromanya. Masukkan cili kisar, diikuti rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tunggu sehingga garing, masukkan ayam, udang, sotong & santan mengikut sebanyak mana yang anda suka. Biar mendidih, masukkan bebola ikan, bunga kantan, bawang besar & garam secukup rasa. Setelah mendidih, angkat & hidangkan bersama mee, tauge, sawi, bawang goreng, tauhu goreng, daun sup & daun bawang.