Mee Kari

Ramuan / Bahan

Mee kuning
Serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)
Daging/Ayam
Telur-direbus
Taugeh-dicelur
Sawi-dicelur
Cili merah-dihiris
Tauhu-digoreng & hiris
Bawang goreng
Daun saderi-dihiris



Santan-1 biji kelapa
Kerisik-sedikit
5 biji bawang merah- dikisar
3 biji bawang putih-dikisar
7 tangkai cili kering-dikisar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Kiub ikan bilis dan Tumix perisa ayam
Garam
Gula


Cara-cara

1)Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga shgga naik bau.
2)Tumis bawang merah, bawang putih & cili kering yg tlh dikisar hgga wangi & garing. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan tumis.
3)Masukkan daging, biarkan sekejap tambahkan air & masukkan santan.
4)Masukkan kiub ikan bilis,tumix perisa ayam, sedikit kerisik & masak hingga daging empuk.
5)Masukkan garam dan gula ikut cita rasa setelah kuah kari tidak pekat dan tidak juga terlalu cair mengikut citarasa