Biskut Keranjis

Ramuan / Bahan

380 g mentega
380 g gula halus
4 biji kuning telur
½ camca teh esen vanila 840 g tepung kek
½ camca teh tepung berserbuk penaik
20 g badam untuk hiasan

Cara-cara

Putar mentega bersama gula halus hingga kembang dan ringan. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Masukkan tepung kek dan tepung berserbuk penaik. Kacau rata hingga adunan tidak melekat pada jari. Canai dan terap adunan mengikut bentuk kesukaan. Sapu putih telur dan hias kepingan badam di atasnya. Bakar pada suhu 170'C.