Mee Kari

Ramuan / Bahan

300 kg mee kuning atau makarona (masukkan sedikit serbuk kunyit ketika merebusnya)
30 gm udang kering & 1 batang serai
2 camca besar cili boh atau cili kering & 1 camca besar serbuk kunyit
1 cawan santan pekat & garam secukup rasa
½ cawan air & ½ ekor ayam 50 gm udang hidup & 30 gm sawi
20 gm tauhu & ½ cawan minyak
5 ulas bawang putih (dimayang halus)
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (dimayang halus)

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan udang kering yang sudah ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili boh, serbuk kunyit, ayam, udang, sawi dan tauhu, kacau hingga rata. Setelah itu masukkan air, santan dan garam dan masaklah hingga sebati dan pekat. Hidangkan bersama daun pudina dan cili potong.