Mee Jawa Singapura

Ramuan / Bahan

Untuk dicelur dengan air panas
Sebungkus mee kuning
500 gm taugeh (dibuang ekornya)
300 gm sawi hijau (di potong kecil)

Bahan untuk di kisar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
sebatang serai (di hiris)
sedikit cili padi
10 gm tauchu

300 gm udang kertas (di buang kulit & kisar kulit bersama sedikit air)
Ambil air dari kulit udang tersebut




10 gm rempah kari daging (cap Baba's)
200 gm kacang tanah (kisar bersama air asam jawa)
300 gm keledek (di rebus & lecek hingga lumat)
10 gm tepung jagung
sedik air

Untuk hiasan
Bawang goreng
Daun bawang (di hiris)
Cili merah (di hiris)
Cili hijau (di hiris)
Telur rebus
Tauhu goreng (di potong dadu)
Limau kasturi

Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.Setelah minyak panas masukkan bahan2 untuk di kisar tadi. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging bersama udang. Kemudian masukkan air rebusan udang bersama sedikit air. Biarkan mendidih.

Setelah mendidih masukkan keledek dan kacang tanah. Kacau sehingga keledek dan kacang tanah sebati. Kacau perlahan-lahan dengan api sederhana supaya keledek tidak bergentil.

Masukkan sedikit air ke dalam tepung jagung. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam kuah sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah.

Jangan lupa masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.